Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sabah kuat kuasa serta-merta larangan pembakaran secara terbuka

Kerajaan negeri Sabah di Malaysia, melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, menyokong penuh kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar mengenai larangan kegiatan pembakaran terbuka yang dikuatkuasakan serta-merta di Sabah.

Anggaran Waktu Membaca:
Sabah kuat kuasa serta-merta larangan pembakaran secara terbuka

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Sep 2019 08:00AM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 08:03AM

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah di Malaysia, melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, menyokong penuh kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar mengenai larangan kegiatan pembakaran terbuka yang dikuatkuasakan serta-merta di Sabah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Hashim Paijan, berkata ia bagi mengurangkan kesan jerebu yang sedang berlaku di negeri itu.

"Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah akan memantau dan menguat kuasakan undang-undang larangan aktiviti pembakaran terbuka sehingga arahan baru dikeluarkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis (12 Sep).

Menurut Encik Hashim, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di enam stesen pemantauan di Sabah berada pada tahap sederhana pada tengah hari semalam dan tiada tompok panas dilaporkan.

Encik Hashim, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan kegiatan pembakaran terbuka yang boleh menjejas mutu udara dan menyebabkan jerebu bertambah buruk.

Jelasnya, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah juga dinasihatkan supaya menutup semua sekolah apabila bacaan IPU berada pada tahap sangat tidak sihat.

"JAS sentiasa memantau keadaan terkini dan sekiranya terdapat peningkatan bacaan IPU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sabah akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan impak kesan jerebu," tambahnya.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan