Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

S'pura ucap tahniah kepada Presiden Tsai Ing-wen atas kemenangan dalam pilihan raya Taiwan

Singapura mengucapkan tahniah kepada Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dan parti beliau atas kemenangan besarnya dalam pilihan raya pada Sabtu (11 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura ucap tahniah kepada Presiden Tsai Ing-wen atas kemenangan dalam pilihan raya Taiwan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Jan 2020 05:53PM Dikemas Kini : 12 Jan 2020 05:59PM

SINGAPURA: Singapura mengucapkan tahniah kepada Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dan parti beliau atas kemenangan besarnya dalam pilihan raya pada Sabtu (11 Jan).

"Kami mengalu-alukan kejayaan pilihan raya di Taiwan pada 11 Januari 2020 dan mengucapkan tahniah kepada Dr Tsai Ing-wen dan parti beliau atas kemenangan mereka," menurut Kementerian Ehwal Luar dalam satu kenyataan media hari ini (12 Jan).

MFA menarik perhatian bahawa Singapura dan Taiwan berkongsi "hubungan rapat dan mesra selama bertahun-tahun".

"Kami akan terus mengembangkan hubungan ini berdasarkan dasar "Satu China" Singapura, menurut MFA.

Menurut kenyataan MFA itu lagi, hubungan Taiwan-China yang stabil dan aman tidak akan tercapai tanpa kebijaksanaan dan semangat pragmatik kedua-dua pemimpin di Selat Taiwan.

"Sepanjang beberapa tahun lalu, kedua-dua pihak di Selat itu meraih banyak manfaat daripada hubungan sedemikian.

"Usaha bagi menjamin kesejahteraan generasi masa depan dan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran rantau itu akan terus dialu-alukan Singapura dan masyarakat antarabangsa," tambah MFA.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan