Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

S'pura tinjau bagaimana kepakaran Bank Dunia boleh dibawa ke sini - Heng Swee Keat

Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata Singapura sedang bekerjasama rapat dengan Bank Dunia untuk meninjau bagaimana kepakarannya boleh dibawa ke Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2019 05:23PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 09:58PM

SAN FRANCISCO: Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata Singapura sedang bekerjasama rapat dengan Bank Dunia untuk meninjau bagaimana kepakarannya boleh dibawa ke Singapura.

Encik Heng berkata demikian dalam majlis perjumpaan dengan rakyat Singapura di San Francisco.

Beliau juga menggesa rakyat Singapura di luar negara supaya membantu anak-anak mereka menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan Singapura.

Misalnya, beliau menekankan pentingnya mempelajari bahasa kedua atau ketiga dalam sebuah dunia global.

"Saya harap orang lain akan melihat rakyat Singapura dan berkata "wow" rakyat Singapura boleh senang menyesuaikan diri kerana kita mempunyai persefahaman silang budaya, kita mempunyai keyakinan diri dan keupayaan untuk berinteraksi dengan orang-orang dari merata dunia dan menjalin persahabatan dengan rakan-rakan seluruh dunia," kata Encik Heng.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan