Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

S'pura, Indonesia meterai perjanjian pelaburan dua hala dan 4 MOU

Singapura dan Indonesia sudah memeterai perjanjian pelaburan dua hala (BIT) dan empat Memorandum Persefahaman (MOU) di Retreat Pemimpin antara kedua-dua negara di Bali pada Khamis (11 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Oct 2018 11:57AM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 12:10AM

BALI: Singapura dan Indonesia sudah memeterai perjanjian pelaburan dua hala (BIT) dan empat Memorandum Persefahaman (MOU) di Retreat Pemimpin antara kedua-dua negara di Bali pada Khamis (11 Okt).

BIT yang merangsang dan melindungi pelaburan antara kedua-dua negara, ditandatangani oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing dan Menteri Indonesia bag Ehwal Luar Retno Marsudi.

Pemeteraian perjanjian itu disaksikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia Joko Widodo di Hotel Laguna Luxury di Nusa Dua.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), perjanjian itu akan melindungi kepentingan para pelabur dan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dan kerjasama antara Singapura dengan Indonesia.

Perjanjian itu juga akan menetapkan peraturan mengenai bagaimana Indonesia menguruskan pelaburan dan para pelabur dari Singapura dan begitu juga sebaliknya terhadap Indonesia.

Syarikat-syarikat Singapura yang beroperasi di Indonesia akan mendapat perlindungan dan akses kepada timbang tara antarabangsa sekiranya berlaku pertikaian pelaburan dan khidmat yang sama turut akan diberikan kepada syarikat-syarikat Indonesia yang beroperasi di Singapura.

MTI turut menarik perhatian bahawa BIT akan melengkapi Perjanjian Pelaburan Menyeluruh ASEAN untuk menggalak lebih banyak pelaburan antara Singapura dengan Indonesia dengan memberikan kepastian dan keyakinan kepada para pelabur.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan