Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

S'pura, India sokong peri penting komitmen kepada sistem dagangan berbilang pihak

Para pemimpin Singapura dan India bersetuju bahawa perjanjian Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) akan menghantar isyarat kukuh tentang komitmen kedua-dua negara kepada sistem perdagangan berbilang pihak.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, India sokong peri penting komitmen kepada sistem dagangan berbilang pihak

Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi. (Gambar fail: Jason Quah/TODAY)

Diterbitkan : 29 Jun 2019 04:23PM Dikemas Kini : 29 Jun 2019 04:26PM

OSAKA: Para pemimpin Singapura dan India bersetuju bahawa perjanjian Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) akan menghantar isyarat kukuh tentang komitmen kedua-dua negara kepada sistem perdagangan berbilang pihak.

Ini di tengah-tengah bertambahnya dasar perlindungan dan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China.

Singapura berharap perjanjian tersebut dapat ditandatangani pada hujung tahun ini.

Persetujuan itu dicapai semasa pertemuan antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, di luar Sidang Puncak G20 di Osaka, Jepun. Encik Lee berada di sana selama empat hari sejak Khamis (27 Jun).

Kedua-dua pemimpin juga mengesahkan lagi hubungan dua hala yang baik di bawah perkongsian strategik India-Singapura. Di bawah perjanjian tersebut, kedua-dua negara bekerjasama dalam bidang-bidang seperti Fintech dan perdagangan.

PM Lee juga menemui Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte. Menurut Pejabat Perdana Menteri, kedua-dua pemimpin berkongsi pandangan yang sama mengenai pentingnya sistem perdagangan berbilang pihak.

Mereka juga mengalu-alukan pengesahan Perjanjian Perdagangan Bebas EU-Singapura pada Februari lalu yang dijangka berkuat kuasa lewat tahun ini.

PM Lee kemudian bertemu dengan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro di mana kedua-dua pemimpin menyambut baik usaha mempermudah aliran perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

PM Lee dan Presiden Bolsonaro juga mengalu-alukan firma-firma tempatan dari setiap negara untuk meneroka peluang-peluang di negara satu sama lain. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan