Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

S. A. Vigneswaran dipilih sebagai Presiden MIC baru

“Kita akan meneruskan matlamat asal iaitu perjuangan buat masyarakat India,” katanya ketika ditemui selepas proses pencalonan Presiden di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
S. A. Vigneswaran dipilih sebagai Presiden MIC baru

Encik S. A. Vigneswaran, sebelah kanan. (Gambar: Facebook/S. A. Vigneswaran)

Diterbitkan : 14 Jul 2018 07:53PM Dikemas Kini : 14 Jul 2018 08:37PM

KUALA LUMPUR: Encik S. A. Vigneswaran dipilih sebagai Presiden MIC baharu bagi penggal 2018-2021 selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu hari ini (14 Jul).

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Presiden Encik R.Gobalakrishnan mengumumkan kemenangan itu selepas Vigneswaran tidak dicabar mana-mana anggota parti apabila proses pencalonan ditutup pada 12.00 tengah hari.

Sebelum ini, bekas Presiden MIC Dr S. Subramaniam mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan tertinggi parti itu.

Encik Vigneswaran yang juga bekas naib presiden parti menerima sokongan daripada 3,616 cawangan MIC di seluruh negara yang terdiri daripada 4,300 cawangan.

“MIC kini dah jadi pembangkang, jadi kita akan adakan perubahan besar-besaran dalam struktur parti untuk menarik sokongan masyarakat India terutama generasi muda.

“Kita akan meneruskan matlamat asal iaitu perjuangan buat masyarakat India,” katanya ketika ditemui selepas proses pencalonan Presiden di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan meneruskan lagi proses pemilihan calon bagi peringkat bahagian, negeri serta pusat sebelum akhir tahun ini.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan