Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusuhan di penjara Indonesia, tahanan kibar bendera ISIS

Para pengganas yang ditahan dalam sebuah pusat tahanan kawalan ketat di selatan Jakarta merusuh pada petang semalam (8 Nov) dan mengibarkan bendera hitam ISIS sebelum para pegawai keselamatan bertindak bagi mengawal keadaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Nov 2017 10:00AM Dikemas Kini : 11 Nov 2017 09:35PM

KUALA LUMPUR: Para pengganas yang ditahan dalam sebuah pusat tahanan kawalan ketat di selatan Jakarta merusuh pada petang semalam (8 Nov) dan mengibarkan bendera hitam ISIS sebelum para pegawai keselamatan bertindak bagi mengawal keadaan.

Rusuhan itu berlaku pada sekitar 4.00 petang (5.00 petang waktu Singapura) di ibu pejabat briged polis bergerak (Brimob) iaitu unit operasi khas polis Indonesia di Depok, Jawa Barat.

“Pada 10 November, 2017 satu kekecohan dimulakan oleh para pengganas yang ditahan di pusat tahanan Brimob yang menyebabkan kerosakan pada kemudahan-kemudahan pusat itu,” kata jurucakap polis Indonesia Encik Rikwanto dalam satu kenyataan.

Menurut Encik Rikwanto, rusuhan itu tercetus apabila polis yang sedang menjalankan pemeriksaan di salah sebuah bilik penjara di situ menemui empat telefon bimbit kepunyaan individu-individu yang dikenali sebagai Juhanda, Saulihin, Kairul Anam dan Jumali.

Encik Rikwanto berkata bahawa salah seorang banduan naik berang semasa pemeriksaan itu dan mula menjerit dan sengaja mengapi-apikan keadaan.

“Kejadian kini dikawal oleh Densus (skuad anti-pengganas) … ini maklumat buat masa ini,” kata Encik Rikwanto.

Dalam rakaman insiden tersebut dari sumber-sumber keselamatan yang diperolehi Mediacorp, para banduan kelihatan mengibarkan bendera ISIS sambil bergambar dan merakam video.

“Densus sudah datang; bersiap sedia untuk merampas senjata mereka,” kata seorang banduan.

“Jangan takut. Jangan takut,” kata seorang lagi banduan.

Pusat tahanan Brimob menahan Aman Abdurrahman, anggots ISIS yang sangat berpengaruh di Indonesia. Dia juga mendalangi serangan bom di Jakarta pada 2016.

Namun, dia dilaporkan tidak terlibat dalam rusuhan semalam.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan