Images
  • nasal spray sputnik vaccine
    (Gambar: Reuters)

Rusia uji vaksin COVID-19 semburan hidung terhadap sukarelawan

MOSCOW: Rusia akan menguji vaksin COVID-19 Sputnik V dalam bentuk semburan hidung bagi sukarelawan dewasa, ketika negara itu berdepan jumlah kematian dan jangkitan yang semakin meningkat.

Ketika pandemik COVID-19 melanda tahun lalu, negara itu dengan segera membangunkan vaksin Sputnik V, namun kadar suntikan berjalan perlahan dengan ramai penduduk tidak mempercayai pihak berkuasa serta bimbang dengan produk perubatan baru itu.

Menurut dokumen diterbitkan pendaftar perubatan negara pada Selasa (13 Okt), ujian penyembur hidung vaksin Sputnik V itu akan dilaksanakan menerusi dua dos di sebuah klinik di St Petersburg.

Bagaimanapun ia tidak menjelaskan tempoh perancangan ujian klinikal tersebut.

Semalam, Presiden Vladimir Putin, dilaporkan berkata Rusia perlu mempercepatkan kempen vaksinasi dalam usaha menentang penularan COVID-19 selepas negara itu mencatat kematian harian tertinggi sejak pandemik itu bermula.

Pihak berkuasa Rusia pada Jun lalu berkata, vaksin semburan hidung sesuai bagi kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun sedang diuji dan rancangannya adalah untuk melancarkan produk baru itu pada September.

- Reuters/SU/ha

Top