Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia lancar siasatan nahas pesawat; 71 penumpang terkorban

Pihak berkuasa Rusia sudahpun memulakan siasatan untuk mengetahui punca kemalangan pesawat yang mengorbankan kesemua 71 penumpangnya semalam (11 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia lancar siasatan nahas pesawat; 71 penumpang terkorban

Polis menutup jalan berdekatan tempat kejadian di luar Moscow. (Gambar: VASILY MAXIMOV/AFP)

Diterbitkan : 12 Feb 2018 05:20PM Dikemas Kini : 12 Feb 2018 05:23PM

MOSCOW: Pihak berkuasa Rusia sudahpun memulakan siasatan untuk mengetahui punca kemalangan pesawat yang mengorbankan kesemua 71 penumpangnya semalam (11 Feb).

Pesawat tersebut hilang daripada skrin radar tanpa membuat panggilan kecemasan, sejurus selepas ia berlepas dari sebuah lapangan terbang di Moscow.

Ia sedang dalam penerbangan ke bandar Orsk di selatan Rusia yang bersempadankan Kazakhstan.

Menurut beberapa saksi, pesawat itu terbelah di udara selepas kedengaran satu letupan.

Pasukan kecemasan Rusia sedang menyusuri tempat kejadian di sebuah kawasan tanah lapang yang diseliputi salji untuk mencari bangkai pesawat serta mayat para mangsa.

Menurut kementerian kecemasan negara berkenaan, lebih 400 orang dan 70 kenderaan dikerah ke tempat kawasan pesawat itu terhempas.

Kementerian Pengangkutan Rusia pula menyatakan bahawa keutamaan pihaknya adalah untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban.

Sumber : AFP/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan