Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia bakal terbit laporan ujian klinikal vaksin COVID-19 dalam waktu terdekat

Rusia akan mengeluarkan maklumat mengenai ujian praklinikal dan klinikal vaksin COVID-19 dalam beberapa hari lagi, lapor agensi berita tempatan,Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia bakal terbit laporan ujian klinikal vaksin COVID-19 dalam waktu terdekat

Sampel vaksin COVID-19 di Mosko. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 14 Aug 2020 03:29PM Dikemas Kini : 14 Aug 2020 03:32PM

PETROPAVLOVSK-KAMCHATSKIY: Rusia akan mengeluarkan maklumat mengenai ujian praklinikal dan klinikal vaksin COVID-19 dalam beberapa hari lagi, lapor agensi berita tempatan,Sputnik.

Menurut Menteri Kesihatan Mikhail Murashko, kritikan terhadap vaksin Rusia - vaksin COVID-19 pertama yang didaftarkan di dunia - sebahagian besar berkaitan dengan kurangnya maklumat yang boleh dicapai mengenai percubaan tersebut.

Bercakap kepada wartawan, Encik Murashko berkata tidak semua orang mengetahui bahawa "vaksin dikeluarkan di platform yang sudah digunakan untuk enam produk". Beliau turut memberi jaminan bahawa ujian klinikal akan diteruskan.

"Dalam beberapa hari lagi, mungkin, pada Isnin (17 Ogos), maklumat mengenai ujian praklinikal dan klinikal akan diterbitkan," tambah Encik Murashko. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan