Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rundingan peringkat tinggi nuklear Korea Utara-AS berlangsung di New York

Rundingan antara Kim Yong-chol, orang kanan pemimpin Korea Utara dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo disambung di New York hari ini (31 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan peringkat tinggi nuklear Korea Utara-AS berlangsung di New York

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo dan Kim Yong Choladakan pertemuan. (Gambar: Twitter/Secretary Pompeo)

Diterbitkan : 31 May 2018 07:36PM Dikemas Kini : 31 May 2018 07:38PM

KOREA UTARA: Rundingan antara Kim Yong-chol, orang kanan pemimpin Korea Utara dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo disambung di New York hari ini (31 Mei).

Ia merupakan sebahagian daripada persiapan berhubung rancangan sidang kemuncak Amerika-Korea Utara di Singapura pada 12 hari bulan depan.

Encik Kim Yong-chol adalah mantan ketua perisikan tentera Korea Utara.

Beliau merupakan pegawai Korea Utara yang paling kanan menjejakkan kaki ke Amerika dalam masa 18 tahun.

Encik Kim dipercayai membawa surat peribadi dari pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Rumah Putih menyatakan rundingan antara Encik Kim dengan Encik Pompeo tertumpu kepada langkah menjadikan Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear.

Korea Utara, khususnya, dilaporkan meminta jaminan bagi keselamatannya jika ia menghentikan sama sekali program senjata nuklearnya.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan