Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rundingan gencatan senjata Syria temui jalan buntu

Majlis Keselamatan PBB menangguhkan satu undian, bagi menggesa agar genjatan senjata selama 30 hari dikuatkuasakan di Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan gencatan senjata Syria temui jalan buntu
Diterbitkan : 24 Feb 2018 04:35PM Dikemas Kini : 24 Feb 2018 04:39PM

SYRIA: Majlis Keselamatan PBB menangguhkan satu undian, bagi menggesa agar genjatan senjata selama 30 hari dikuatkuasakan di Syria.

Rundingan yang masuk hari kedua itu buntu selepas Rusia, sekutu kuat Syria, menuntut syarat-syarat tertentu.

Majlis Keselamatan PBB sudahpun membincangkan rangka ketetapan bagi mewujudkan genjatan senjata itu sejak 9 Februari lalu.

Ini bagi membolehkan kiriman bantuan dihulurkan kepada penduduk timur Ghouta, dekat ibu kota Damsyik, yang terperangkap dalam pertempuran hebat antara kumpulan pemberontak dengan tentera Syria.

Kawasan itu dihujani bedilan oleh askar-askar Syria, yang disokong Rusia, buat hari ke enam berturut-turut.

Ratusan penduduk terbunuh termasuk lebih 90 orang kanak-kanak.

Timur Ghouta merupakan kubu kuat terakhir pihak pemberontak di pinggir Damsyik.

Tentera Rusia dan Syria enggan berundur meskipun ada tekanan hebat daripada masyarakat antarabangsa. 

Sumber : Agensi berita/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan