Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rundingan dagangan AS-China berjalan amat baik, kata Trump

Pusingan baru rundingan antara Amerika Syarikat dengan China bagi menghuraikan pertikaian perdagangan dua hala dikatakan membuat kemajuan.

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan dagangan AS-China berjalan amat baik, kata Trump

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 11 Oct 2019 06:07PM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 06:10PM

WASHINGTON: Pusingan baru rundingan antara Amerika Syarikat dengan China bagi menghuraikan pertikaian perdagangan dua hala dikatakan membuat kemajuan.

Selepas rundingan hari pertama berakhir, Presiden Amerika Donald Trump berkata rundingan itu berjalan dengan amat baik.

Rundingan peringkat menteri itu disambung selepas lebih dua bulan terhenti.

Pihak Amerika dipimpin Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin dan Wakil Perdagangan, Robert Lighthizer manakala China diwakili Naib Perdana Menteri, Liu He.

Laporan-laporan membayangkan bahawa para perunding mungkin mencapai perjanjian peringkat rendah mengenai isu-isu seperti mata wang dan perlindungan hak cipta. Rundingan tersebut bakal disambung hari ini (11 Okt).

Sekiranya ada perjanjian yang dicapai, besar kemungkinan Amerika menangguhkan satu lagi rancangannya untuk menaikkan cukai import barangan dari China.

Ia sekali gus dapat meredakan ketegangan perdagangan antara kedua-dua negara yang sudah berlarutan selama 15 bulan.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan