Images
  • Setyo Novanto
    Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Setya Novanto. (Gambar: REUTERS)

Rumah Speaker Dewan Indonesia digeledah setelah gagal hadir siasatan skandal S$230 juta

JAKARTA: Polis Indonesia memeriksa kediaman Speaker Dewan Perwakilan Rakyat selepas beliau gagal hadir untuk disoal siasat Agensi Membanteras Rasuah (KPK).

Setya Novanto dinamakan sebagai suspek skandal rasuah kad pengenalan elektronik yang menyebabkan negara itu kerugian AS$170 juta (S$230 juta).

KPK sudah memanggil Setya Novanto sebanyak 11 kali sebelum mengeluarkan
surat perintah penangkapan ke atasnya.

Setya, yang merupakan Pengerusi Parti Golkar, dipercayai masih berada di Indonesia.

Ini kali kedua beliau dinamakan sebagai suspek, kali pertama pada Julai lalu.

Bagaimanapun Setya dilepaskan daripada tuduhan rasuah pada September lalu selepas sidang sebelum perbicaraan.

Beliau bertegas mahu KPK mendapatkan kelulusan Presiden sebelum disoal siasat.

Jika didapati bersalah Setya boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun. 

- CNA/MM/sm

Top