Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rumah Putih minta lukisan Van Gogh tapi ditawarkan jamban emas

Yang diminta sebenarnya lukisan karya pelukis terkenal Van Gogh, namun yang ditawarkan adalah sebuah jamban emas dipanggil ‘Amerika’.

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah Putih minta lukisan Van Gogh tapi ditawarkan jamban emas

Mangkuk tandas emas yang ditawarkan kepada Presiden AS Donald Trump. (Gambar: WILLIAM EDWARDS / AFP)

Diterbitkan : 29 Jan 2018 03:27PM Dikemas Kini : 30 Jan 2018 11:52PM

AMERIKA SYARIKAT: Yang diminta sebenarnya lukisan karya pelukis terkenal Van Gogh, namun yang ditawarkan adalah sebuah jamban emas dipanggil ‘Amerika’.

The Washington Post memperolehi surat-surat antara kurator Muzium Guggenheim, Nancy Spector dengan Kurator Pejabat Rumah Putih, Donna Hayashi Smith. Menerusi surat tersebut, pihak pentadbiran Presiden Donald Trump meminta untuk meminjam lukisan Van Gogh untuk diletakkan di Rumah Putih.

Namun, Cik Spector membalas dengan berkata Encik Trump dan isterinya, Melania Trump, tidak boleh ‘meminjam’ lukisan tersebut, lapor Daily Mail.

Sebaliknya, muzium itu menawarkan mangkuk tandas emas 18 karat yang diberi nama ‘Amerika’, karya artis Maurizio Cattelan. Menerusi karya itu, Cattelan mahu memaparkan kemewahan berlebihan di Amerika.

Tahun lalu, jamban emas itu dipamerkan di tandas di tingkat lima muzium tersebut, dengan lebih 100,000 orang beratur panjang semata-mata untuk menggunakannya.

“Sekiranya Presiden dan Wanita Pertama berminat untuk memasangnya di Rumah Putih,” tulis Cik Spector, “Kami ingin menawarkannya kepada Rumah Putih bagi penggunaan jangka panjang.”

“Mangkuk tandas itu pastinya berharga dan mudah pecah, tapi kami akan menyediakan cara-cara untuk memasang dan menjaganya,” kata Cik Spector, yang sebelum ini pernah mengkritik Encik Trump, menurut Rumah Putih.

Apabila Washington Post mencuba untuk menghubungi Cattelan, beliau menyuruh akhbar itu menghubungi Muzium Guggenheim mengenai tawarannya.

“Ia topik yang sensitif,” kata beliau.

“Apa makna hidup kita? Semuanya seolah-olah tidak masuk akal sehingga kita meninggal dunia dan kemudian barulah semuanya ada logik,” jawab beliau apabila ditanya mengapa beliau mahu memberikan mangkuk tandas tersebut kepada Encik Trump.

Beliau juga enggan mendedahkan berapa kos menyiapkan mangkuk tandas tersebut, namun The Washington Post menganggarkannya sekitar AS$1 juta.

Sumber : Agensi berita/NK/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan