Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rumah Putih mahu kekang tindakan ketenteraan ke atas Iran

Para pegawai kanan keselamatan Amerika Syarikat, termasuk Setiausaha Negara Mike Pompeo dan Pemangku Setiausaha Pertahanan Patrick Shanahan, memberitahu para anggota Kongres bahawa Rumah Putih mahu mengekang tindakan ketenteraan ke atas Iran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 May 2019 06:53PM Dikemas Kini : 22 May 2019 09:29PM

WASHINGTON: Para pegawai kanan keselamatan Amerika Syarikat, termasuk Setiausaha Negara Mike Pompeo dan Pemangku Setiausaha Pertahanan Patrick Shanahan, memberitahu para anggota Kongres bahawa Rumah Putih mahu mengekang tindakan ketenteraan ke atas Iran.

Dua hari sebelum itu, Presiden Donald Trump menulis Tweet yang memberi amaran Iran akan musnah jika ia memulakan peperangan.

Dalam taklimat tertutup berasingan yang turut melibatkan para anggota Senat Amerika, para pegawai pentadbiran Trump menggariskan perkembangan terkini tentang apa yang disifatkan Rumah Putih sebagai ancaman Iran ke atas Amerika Syarikat.

Bukan untuk mencetuskan peperangan di kawasan teluk, Washington sebaliknya mahu mengekang tindakan Tehran daripada memburukkan lagi keadaan.

Ketegangan antara Amerika dengan Iran semakin buruk sejak Washington menamatkan pengecualian daripada sekatan bagi negara-negara yang masih membeli minyak daripada Tehran.

Keadaan diburukkan lagi dengan kerahan tambahan kapal perang dan jet-jet pejuang Amerika ke kawasan teluk.

Menurut Encik Shanahan, tindakan itu bertujuan mengekang Iran daripada salah anggap tentang tekad Washington untuk bertindak dari segi ketenteraan.

Bagaimanapun di Iran, Presiden Hassan Rouhani menolak kemungkinan mengadakan rundingan dengan Amerika.

Tehran, tambah beliau, tidak akan tunduk dan Washington bakal menyesal kerana mengancam Iran.

Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi, pula berkata Baghdad mahu mengendurkan ketegangan antara Iran dengan Amerika dan akan menghantar rombongan ke Washington serta Tehran. 

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan