Rumah Putih enggan beri kerjasama dalam siasatan pendakwaan Trump
Rumah Putih menolak secara rasmi untuk bekerjasama dalam siasatan penyingkiran terhadap Presiden Donald Trump.
WASHINGTON: Rumah Putih menolak secara rasmi untuk bekerjasama dalam siasatan penyingkiran terhadap Presiden Donald Trump.
Dalam surat yang dihantar kepada para pemimpin parti Democrat, Rumah Putih menolak siasatan tersebut dan menyifatkannya sebagai "tidak berasas" serta "tidak sah dari segi perlembagaan".
Ia juga mencabar para pemimpin Democrat supaya meneruskan siasatan tersebut tanpa kerjasamanya.
Tentangan secara terbuka dari pihak Rumah Putih itu mungkin mencetuskan satu krisis perlembagaan di Amerika sedang negara tersebut giat membuat persiapan bagi Pilihan Raya Presiden tahun depan.
Tiga jawatankuasa Dewan Perwakilan sedang menyiasat Presiden Trump.
Siasatan tersebut mahu mengetahui sama ada Presiden Trump sengaja menahan bantuan kepada Ukraine bagi mendesak negara Eropah itu supaya menyiasat Encik Joe Biden yang mungkin menjadi pesaing utamanya dalam Pilihan Raya Presiden tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.