Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rumah atas air ‘Bitcoin Girl Thailand’ cabuli kedaulatan negara; boleh dihukum mati

 Tentera Laut Diraja Thailand (RTN) pada Isnin (22 Apr) mula memindahkan rumah atas air yang dibina oleh seorang rakyat Amerika Syarikat dan terman wanitanya, seorang warga tempatan, di bahagian tenggara Phuket.

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah atas air ‘Bitcoin Girl Thailand’ cabuli kedaulatan negara; boleh dihukum mati

(Gambar: bitcoingirlthailand/Instagram)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 08:04AM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 08:10AM

BANGKOK: Tentera Laut Diraja Thailand (RTN) pada Isnin (22 Apr) mula memindahkan rumah atas air yang dibina oleh seorang rakyat Amerika Syarikat dan terman wanitanya, seorang warga tempatan, di bahagian tenggara Phuket.

Timbalan Komandar Pangkalan Tentera Laut 3 RTN, Laksamana Muda Vithanarat Kochaseni, berkata tiga buah bot dihantar untuk membuka struktur itu - sebuah kabin berukuran selebar enam meter dan sepanjang dua meter berbentuk oktagon itu - serta tiang dasar sebelum ia ditunda ke tepi pantai.

Beliau berkata struktur yang dibina pada jarak sekitar 22 kilometer dari pantai Phuket itu dimiliki oleh Chad Elwartowski, seorang pelabur mata wang kripto, bitcoin, dan teman wanitanya, Supranee Thepdet yang dikenali sebagai 'Bitcoin Girl Thailand'.

"Pasangan itu mengumumkan di media sosial bahawa mereka bebas dan melampaui bidang kuasa undang-undang negara, termasuk Thailand.

"Ini adalah ancaman kepada kedaulatan Thailand," katanya kepada pihak media.

Encik Vithanarat berkata kabin itu dijangka tiba di Pelabuhan Laut Dalam Phuket sebelum tengah malam tadi manakala tiang dipacak di dasar laut dibuka dan dijangka tiba pagi ini (23 Apr).

"Struktur itu akan digunakan sebagai bahan bukti dakwaan terhadap pasangan itu," tambahnya.

Sebelum ini, akhbar Bangkok Post memetik Timbalan Gabenor Phuket, Supot Rodrueang na Nongkhai, sebagai berkata pasangan itu akan dikenakan dakwaan seawal-awal minggu depan.

Pada Februari lalu, pasangan itu muncul dalam video dokumentari dengan mempromosikan kehidupan di perairan antarabangsa serta bebas daripada undang-undang negara.

Pasangan itu tinggal di kabin tersebut selama dua bulan sebelum RTN menyerbu kabin berkenaan pada 13 April.

Bagaimanapun, pasangan itu menghilangkan diri dan pihak polis sedang mengumpul bahan bukti sebelum mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan berkenaan, yang dipercayai bersembunyi di negara itu.

Pihak berkuasa juga sudahpun membatalkan visa Elwartowski dan akan mendakwa pasangan itu atas kesalahan memcabuli kedaulatan Thailand, yang membawa hukuman mati.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan