Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rouhani: Tentera Iran bukan ancaman, seru negara serantau bersatu tentang AS

Presiden Hassan Rouhani berkata pasukan angkatan tentera Iran bukan satu ancaman terhadap mana-mana negara serantau.

Anggaran Waktu Membaca:
Rouhani: Tentera Iran bukan ancaman, seru negara serantau bersatu tentang AS

Presiden Iran Hassan Rouhani. (Gambar: IRANIAN PRESIDENCY/AFP)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 06:43PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 06:55PM

LONDON: Presiden Hassan Rouhani berkata pasukan angkatan tentera Iran bukan satu ancaman terhadap mana-mana negara serantau.

Beliau berkata demikian semasa perbarisan angkatan bersenjata Hari Tentera di Tehran pada Khamis (18 Apr) yang mendedahkan peralatan angkatan bersenjata terkini di tengah-tengah ketegangan yang meningkat antara Iran dengan Amerika Syarikat.

Iran turut mendedahkan peluru berpandu, kapal selam, kenderaan berperisai, radar dan sistem perang elektronik selain menayangkan sistem pertahanan peluru berpandu S-300 dari Rusia.

"Saya mahu memberitahu negara-negara serantau bahawa angkatan tentera Republik Islam Iran tidak menentang anda atau kepentingan negara anda. Mereka menentang penyerang.

"Akar masalah kita ialah pemerintahan Zionis dan fahaman imperial Amerika," kata Rouhani.

Beliau menambah pasukan angkatan tentera Iran kini lebih berkuasa dari sebelumnya.

"Kami mengharapkan keselamatan dan kestabilan serantau, kedaulatan negara-nagara dan pengakhiran kepada keganasan serta kegiatan-kegiatan sedemikian di rantau ini," kata Rouhani.

Iran mempunyai dua pasukan tentera - satu pasukan tetap yang beroperasi sebagai pasukan pertahanan negara dan satu lagi Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran yang ditubuhkan selepas revolusi 1979 untuk melindungi negara itu daripada musuh-musuh dalam serta luar negara.

Amerika Syarikat secara rasmi menentukan Pengawal Revolusioner sebagai pertubuhan pengganas asing pada Isnin (15 Apr), satu langkah yang belum pernah terjadi sebelum ini yang dikutuk oleh Iran dan menimbulkan keprihatinan tentang serangan balas terhadap pasukan tentera Amerika Syarikat.

Presiden Rouhani menyifatkan langkah Amerika Syarikat terhadap Pasukan Pengawal itu "menjijikkan" sambil berkata "mengutuk Pengawal Revolusioner adalah satu penghinaan kepada (semua) angkatan tentera Iran dan penghinaan kepada kebanyakan warga Iran."

Tentera Iran mempunyai angkatan darat paling besar di Iran dan Pengawal Revolusi mengawal peluru berpandu balistik yang semakin berkembang jumlahnya.

Perbarisan tersebut dibatalkan di beberapa wilayah negara tersebut untuk membolehkan pasukan angkatan tentera dikerahkan demi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir. Banjir yang berlaku pada 19 Mac lalu meragut 76 jiwa dan memaksa lebih 220,000 penduduk untuk berpindah ke tempat-tempat perlindungan kecemasan.
Secara berasingan, Iran dan Oman mengadakan satu latihan tentera laut bersama dan melakukan operasi menyelamat maritim di Teluk antara kedua-dua negara. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan