Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rosmah mohon gantung prosiding kes saman syarikat barang kemas

Cik Rosmah Mansor akan menfailkan permohonan untuk menggantung prosiding kes saman sebuah syarikat pemborong barang kemas dari Lubnan yang menuntut beliau memulangkan 44 unit barang kemas yang dihantar kepadanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Rosmah mohon gantung prosiding kes saman syarikat barang kemas

Isteri mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, Rosmah Mansor. (Gambar fail: Vincent Thian/AP)

Diterbitkan : 11 Feb 2019 06:32PM Dikemas Kini : 11 Feb 2019 06:37PM

KUALA LUMPUR: Cik Rosmah Mansor akan menfailkan permohonan untuk menggantung prosiding kes saman sebuah syarikat pemborong barang kemas dari Lubnan yang menuntut beliau memulangkan 44 unit barang kemas yang dihantar kepadanya.

Peguam N. Rajivan yang mewakili Cik Rosmah berkata permohonan itu dibuat memandangkan sehingga hari ini kerajaan masih belum mengesahkan status 44 unit barang kemas tersebut sama ada berada pada pihak polis ataupun Rosmah.

Peguam itu berkata Pesuruhjaya Kehakiman Wong Chee Lim sudahpun menetapkan untuk mendengar permohonan tersebut pada 25 Feb selepas mahkamah dimaklumkan hasrat Cik Rosmah untuk memfailkan permohonan berkenaan.

"Pihak kami akan failkan permohonan bagi menggantung prosiding sehingga tempoh sitaan tamat. Kami akan failkan sebelum 25 Feb ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes itu di dalam kamar Encik Wong hari ini (11 Feb).

Encik Rajivan berkata pihaknya percaya bahawa tempoh sitaan akan tamat pada Mei ini.

Selain Encik Rajivan, Cik Rosmah turut diwakili peguam Encik Reza Rahim.

Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes bagi mengetahui status 44 unit barang kemas itu sama ada berada pada pihak polis ataupun Cik Rosmah.

Peguam Datuk G. David yang bertindak bagi syarikat dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL, berkata mahkamah juga memerintahkan pihak kerajaan selaku defendan kedua dalam saman tersebut untuk memfailkan penyataan pembelaan.

Pada 20 Ogos 2018, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menjadi pencelah dalam kes saman itu dan dinamakan sebagai defendan kedua.

Peguam itu berkata tarikh perbicaraan untuk kes tersebut juga sudah ditetapkan pada 4 dan 5 Mac ini.

Pada 26 Jun 2018, Global Royalty menyaman Cik Rosmah menuntut beliau memulangkan 44 unit barang kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar harga untuk semua barangan kemas berkenaan bernilai hampir RM60 juta (S$20 juta). 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan