Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rosmah Mansor hadir di SPRM buat kali ketiga

Isteri mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak, Rosmah Mansor hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (3 Okt) untuk memberikan keterangan buat kali ketiga.

Anggaran Waktu Membaca:
Rosmah Mansor hadir di SPRM buat kali ketiga

Isteri mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak, Rosmah Mansor. (Gambar: Malay Mail/menerusi TODAYonline)

Diterbitkan : 03 Oct 2018 11:47AM Dikemas Kini : 03 Oct 2018 11:53AM

PUTRAJAYA: Isteri mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak, Rosmah Mansor hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (3 Okt) untuk memberikan keterangan buat kali ketiga.

Cik Rosmah tiba di SPRM pada kira-kira 10.45 pagi.

Pada Selasa (2 Okt), Cik Rosmah dilaporkan perlu hadir bagi memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini bagi membantu siasatan suruhanjaya itu.

Kali pertama beliau hadir di SPRM adalah pada 5 Jun lalu bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012

Pada 26 September lalu, Cik Rosmah sekali lagi dipanggil oleh SPRM dan memberi keterangan selama hampir 13 jam.

Sebelum ini, Cik Rosmah dilaporkan dijangka berdepan lebih 20 tuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.

Pada 20 September lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata agensi itu tidak menolak kemungkinan Cik Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan