Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rosmah didakwa terima rasuah RM1.5 juta

Isteri mantan Perdana Menteri Najib Razak, Rosmah Mansor, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta (S$490,000). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Nov 2018 03:22PM Dikemas Kini : 15 Nov 2018 09:12PM

KUALA LUMPUR: Isteri mantan Perdana Menteri Najib Razak, Rosmah Mansor, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta (S$490,000) berhubung projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel Bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak.

Utusan Online melaporkan, Cik Rosmah, 66 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua tuduhan itu selesai dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Azman Ahmad di Mahkamah Sesyen.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta (S$330,000) terhadap Cik Rosmah dengan RM500,000 (S$165,000) perlu dibayar hari ini (15 Nov) sementara bakinya dilunaskan dalam tempoh tujuh hari, lapor Utusan Online.

Kes akan disebut semula pada 10 Disember ini. 

Sumber : Agensi berita/EM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan