Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Roller-coaster Universal Studios terhenti, penumpang terkandas 2 jam

Lebih 60 orang terkandas apabila sebuah roller-coaster di taman bertema Universal Studios tiba-tiba terhenti pada ketinggian antara 20 hingga 30 meter selepas peralatan keselamatan dikesan mengalami kerosakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 May 2018 04:35PM Dikemas Kini : 02 May 2018 10:00PM

OSAKA, JEPUN: Lebih 60 orang terkandas apabila sebuah roller-coaster di taman bertema Universal Studios tiba-tiba terhenti pada ketinggian antara 20 hingga 30 meter selepas peralatan keselamatan dikesan mengalami kerosakan.

Mekanisme keselamatan diaktifkan sebagai langkah kecemasan dan kesemua penumpang diselamatkan oleh pasukan bantuan kecemasan selepas mereka terkandas selama dua jam.

Sesetengah pengunjung berkata mereka berasa gerun selepas mendapat tahu tentang insiden itu. Seorang wanita 42 tahun dari bandar Hiroshima yang berkunjung ke situ bersama ketiga-tiga anaknya berkata: "Sangat mengerikan untuk saya bayangkan kami yang menaiki roller-coaster itu. Saya tidak mahu menaikinya lagi".

Seorang lagi wanita 24 tahun, dari bandar Kumamoto yang menaiki roller-coaster itu sejurus sebelum insiden berlaku terkejut mendengar berita tentang kemalangan tersebut. "Ia memang pun permainan yang mengerikan, lantas saya mahu mereka mengendalikannya dengan selamat".

Namun begitu, insiden tersebut tidak menghalang orang ramai di taman bertema itu untuk menaiki roller-coaster berkenaan sebaik saja ia kembali beroperasi pada 7.00 malam.

Menurut media Jepun, roller-coaster "Flying Dinosaur" itu pernah terkandas tiga kali antara 2016 dengan 2017 ketika dinaiki pengunjung.

Sumber : AP/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan