Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rogol bergilir-gilir: Mangsa disahkan hamil 9 minggu

Polis Johor mengesahkan gadis berusia 17 tahun yang didakwa dirogol oleh sembilan anggota tentera hamil.

Anggaran Waktu Membaca:
Rogol bergilir-gilir: Mangsa disahkan hamil 9 minggu

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 26 Feb 2018 08:03AM Dikemas Kini : 26 Feb 2018 08:04AM

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan gadis berusia 17 tahun yang didakwa dirogol oleh sembilan anggota tentera hamil.

"Mangsa kini disahkan hamil sembilan minggu," kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd seperti dipetik Harian Metro semalam (25 Feb).

Beliau berkata kesemua sembilan suspek direman sehingga 1 Mac ini.

Laporan sebelum ini menyatakan salah seorang suspek merupakan teman lelaki mangsa.

Suspek-suspek yang berusia antara 19 hingga 24 tahun didakwa merogol mangsa di Kluang pada pertengahan Disember 2017.

Kesemua anggota tentera itu dari Kem Mahkota, Kluang. Mereka ditahan selepas gadis berkenaan membuat aduan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi pada Khamis lalu (22 Feb).

Polis akan mengemukakan kertas siasatan segera kepada pihak Peguam Negara berhubung kes rogol tersebut.

Menurut Datuk Khalil lagi, kesemua lelaki berumur 19 hingga 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan iaitu merogol secara berkumpulan yang boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan. 

Sumber : Bernama/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan