Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

RM925 juta dana 1MDB sudah dikembalikan

Sebanyak RM925.1 juta (S$306 juta) dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah dikembalikan kepada pihak kerajaan setakat ini, kata Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng.

Anggaran Waktu Membaca:
RM925 juta dana 1MDB sudah dikembalikan

Encik Lim Guan Eng dalam satu sidang media di Putrajaya. (Gambar fail: Reuters/Lai Seng Sin)

Diterbitkan : 12 Jul 2019 11:15PM Dikemas Kini : 12 Jul 2019 11:21PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM925.1 juta (S$306 juta) dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah dikembalikan kepada pihak kerajaan setakat ini, kata Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan media hari ini (12 Jul), beliau berkata, dana tersebut diperolehi dalam mata wang pelbagai denominasi dan sejumlah RM805.8 juta (S$266.5 juta) dikembalikan daripada Amerika Syarikat.

"Daripada RM805.8 juta (S$266.5 juta) itu, RM567.8 juta (S$187.8 juta) diterima daripada Park Lane Hotel, Manhattan dan RM238 juta (S$78.7 juta) daripada Syarikat Pembikinan Filem Red Granite,” jelas beliau.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai pecahan dana, Encik Lim berkata RM92.3 juta (S$30.5 juta)diperoleh daripada Singapura manakala RM27 juta (S$8.9 juta) diperolehi di dalam negara, di mana RM6.1 juta (S$2 juta) adalah menerusi Yayasan 1MDB dan RM20.9 juta (S$69.1 juta)adalah kepada syarikat itu sendiri. 

“Ini adalah hasil usaha pihak berkuasa negara termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Peguam Negara, berserta dengan kerjasama pihak berkuasa luar negara.

“Usaha mendapatkan semula dana berkaitan 1MDB sedang diteruskan agar dana yang diselewengkan dapat dikembalikan untuk membayar balik hutang 1MDB berjumlah lebih RM51 bilion (S$16.8 bilion),” katanya.

Hutang 1MDB berjumlah lebih RM51 bilion (S$16.8 bilion)itu termasuk faedah pinjaman akan datang dan yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan