Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribut salji landa tenggara Amerika

Sekurang-kurangnya dua orang mati apabila ribut salji melanda lima wilayah tenggara Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Dec 2018 04:08PM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 09:26PM

ATLANTA: Sekurang-kurangnya dua orang mati apabila ribut salji melanda lima wilayah tenggara Amerika Syarikat.

Salji tebal menyebabkan jalan-jalan raya menjadi licin dan membahayakan para pemandu.

Keadaan darurat diisytiharkan di North Carolina selepas beberapa daerah diselaputi salji setebal setengah meter.

Seorang lelaki mati selepas kereta yang dipandunya dihempap pokok yang tumbang. Seorang lagi mangsa ialah seorang wanita di pusat hospis.

Beribu-ribu rumah terputus bekalan elektrik sehingga menjejas lebih 200,000 orang. Ribuan penerbangan turut dibatalkan di wilayah-wilayah terjejas.

Pihak berkuasa menggesa para penduduk supaya tidak melakukan perjalanan sedang cuaca buruk diramalkan terus berlangsung sehingga hari ini (11 Dis).  

Sumber : Reuters/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan