Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribut salji AS: 8.8 juta penduduk Texas masih alami isu bekalan air bersih

Sekitar 8.8 juta penduduk masih mengalami masalah bekalan air bersih setelah ribut salji melumpuhkan sistem bekalan elektriknya minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribut salji AS: 8.8 juta penduduk Texas masih alami isu bekalan air bersih

Daerah Waco di Texas diselimuti salji. (Gambar: Matthew Busch / AFP)

Diterbitkan : 22 Feb 2021 07:07PM Dikemas Kini : 22 Feb 2021 07:15PM

TEXAS: Sekitar 8.8 juta penduduk masih mengalami masalah bekalan air bersih setelah ribut salji melumpuhkan sistem bekalan elektriknya minggu lalu.

Mereka dinasihati agar terus memasak dahulu air sebelum digunakan meskipun loji-loji daya tenaga sudah kembali berfungsi pada hujung minggu lalu.

Ribut salji itu menyebabkan suhu menjunam jauh di bawah paras beku.

Ia menyebabkan bekalan elektrik di merata Texas terputus.

Wilayah tersebut tidak membuat persiapan untuk menghadapi keadaan cuaca yang amat sejuk seperti itu kerana ia jarang sekali terjadi.

Sabtu lalu (20 Feb), Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengisytiharkan keadaan di Texas sebagai bencana besar.

Ia bermakna Texas layak menggunakan dana federal untuk membantu mangsa-mangsa seperti menyediakan rumah sementara dan pinjaman kos rendah. 

Sumber : Agensi berita/HK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan