Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribut ragut 3 nyawa di Belanda, seorang di Jerman

Tiga orang terbunuh di Belanda hari ini (18 Jan) selepas angin kencang menumbangkan pokok, menerbangkan kenderaan dari jalan raya dan menyebabkan beratus-ratus penerbangan dibatalkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribut ragut 3 nyawa di Belanda, seorang di Jerman

Jalan raya di utara Jerman. (Gambar: AFP/dpa/Swen PfC6rtner)

Diterbitkan : 18 Jan 2018 11:29PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 11:33PM

AMSTERDAM: Tiga orang terbunuh di Belanda hari ini (18 Jan) selepas angin kencang menumbangkan pokok, menerbangkan kenderaan dari jalan raya dan menyebabkan beratus-ratus penerbangan dibatalkan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol menggantung seketika semua lalu lintas udara hari ini selepas dibadai angin kencang yang mencecah sehingga 140 kilometer sejam di sepanjang pantai.

Sekurang-kurangnya 260 penerbangan dibatalkan dan terminal lapangan terbang terpaksa ditutup apabila jubin bumbung dilaporkan tercabut.

Khidmat kereta api dan bas juga digantung selepas amaran cuaca tertinggi dikeluarkan.

Polis menyatakan tiga penduduk terbunuh akibat dihempap pokok tumbang atau terkena serpihan runtuhan dalam beberapa kejadian berasingan.

Schiphol kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa penerbangan akan disambung semula apabila ribut mula bergerak ke pedalaman, namun mungkin akan tertangguh.

Di Jerman, seorang lelaki 59tahun terbunuh dihempap pokok tumbang dekat sempadan dengan Belanda.

Pengendali kereta api Deutsche Bahn menggantung semua perkhidmatan di kawasan padat penduduk di utara Rhine - Westphalia menyebabkan beratus ribu pelancong dan penumpang terkandas.

Di Munich, lapan penerbangan domestik Lufthansa dibatalkan, kata pengendali lapangan terbang itu.

Sumber : Reuters/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan