Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribut petir melanda New South Wales, Australia, seorang maut

Media tempatan melaporkan lebih 300,000 panahan petir yang menyambar New South Wales.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Oct 2018 10:20PM Dikemas Kini : 21 Oct 2018 11:28PM

SYDNEY: Media tempatan melaporkan lebih 300,000 panahan petir yang menyambar New South Wales.

Dalam insiden yang berlaku pada Sabtu (20 Okt), seorang lelaki maut apabila disambar petir di Geurie. Beliau berada di kawasan yang terletak lebih 275 kilometer daripada bandar Sydney semasa kejadian.

Di Sydney sahaja, lebih 7,000 panahan petir dilaporkan.

Selain bangunan-bangunan yang terkena petir, angin kuat dan hujan lebat juga melanda.

Ribut kuat itu turut menyebabkan pembukaan Sukan Invictus tertangguh dengan Putera Harry hanya merasmikannya sejam lewat daripada jadual asal.  

Sumber : Reuters/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan