Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribut petir diramalkan di Arab Saudi termasuk Taif, Makkah, Jazan

Penguasa Meteorologi Awam dan Perlindungan Alam Sekitar (GAMEP) meramalkan cuaca ribut petir di kawasan-kawasan tinggi sehingga ke kawasan pinggir laut sehingga Ahad (9 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Ribut petir diramalkan di Arab Saudi termasuk Taif, Makkah, Jazan

Jemaah haji tawaf mengelilingi Kaabah di Makkah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Sep 2018 11:17PM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 11:20PM

JEDDAH: Penguasa Meteorologi Awam dan Perlindungan Alam Sekitar (GAMEP) meramalkan cuaca ribut petir di kawasan-kawasan tinggi sehingga ke kawasan pinggir laut sehingga Ahad (9 Sep).

Hujan batu juga turut diramal berlaku semasa ribut petir sederhana dan lebat di Jazan, Assir, Al-Bahar, Taif, bandar Makkah dan kawasan sekeliling seperti Madinah, Tabuk. Demikian menurut laporan Saudi Gazette pada Selasa (4 Sep).

Menurut laporan itu lagi, jarak penglihatan juga akan berkurangan disebabkan oleh ribut pasir.

Pihak berkuasa persekitaran menggesa orang ramai supaya berhati-hati lebih-lebih lagi disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu itu.

Ia menasihati mereka agar mengikuti laporan cuaca setiap hari dan amaran yang dikeluarkan oleh GAMEP. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan