Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribut pasir selubungi Beijing, amaran kabut tebal selama 3 hari

Ribut pasir menyapu dari bahagian utara ibu kota China itu, menyelubunginya dengan debu kuning.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribut pasir selubungi Beijing, amaran kabut tebal selama 3 hari
Diterbitkan : 28 Mar 2018 05:45PM Dikemas Kini : 28 Mar 2018 05:51PM

BEIJING, CHINA: Mutu udara Beijing berada di tahap berbahaya pagi tadi (28 Mac).

Ribut pasir menyapu dari bahagian utara ibu kota China itu, menyelubunginya dengan debu kuning.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada para penduduk supaya menutup pintu dan tingkap, memakai skaf dan pelitup serta memandu dengan perlahan kerana darjah penglihatan yang kurang.

Bacaan yang diberikan jabatan Amerika Syarikat menilai mutu udara Beijing sebagai sangat tidak sihat.

Biro perlindungan sekitaran Beijing berkata bahagian tengah rantau Beijing-Tianjin-Hebei diramalkan mengalami pencemaran tahap sederhana hingga teruk.

Sunguhpun tahap pencemaran tinggi hari ini, pegawai China mendakwa Beijing telah mencapai pengurangan terbesar dalam purata pencemaran di kalangan 28 wilayah utara tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan