Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribut kuat Krosa badai Jepun hari ini

Ribut tropika yang kuat membadai Jepun hari ini (15 Ogos), membawa angin kencang dan hujan lebat.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribut kuat Krosa badai Jepun hari ini

(Gambar: Suo Takekuma/Kyodo News/AP)

Diterbitkan : 15 Aug 2019 01:54PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 01:57PM

TOKYO: Ribut tropika yang kuat membadai Jepun hari ini (15 Ogos), membawa angin kencang dan hujan lebat.

Amaran kejadian tanah runtuh dan banjir juga dikeluarkan.

Dalam pada itu, nasihat berpindah dikeluarkan sedang ribut itu mencetuskan huru-hara pada kemuncak musim cuti sekolah.

Pihak berkuasa mengeluarkan nasihat berpindah kepada sekitar 550,000 penduduk yang berada di kawasan ribut itu dan Agensi Kebakaran dan Pengurusan Bencana Alam Jepun menyatakan bahawa empat orang mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi cedera teruk.

Ribut Tropika Krosa membawa angin hampir sekencang taufan bergerak dengan perlahan dekat pinggiran pantai barat daya Jepun dengan kelajuan angin sehingga 160 kilometer sejam.

Lebih 600 penerbangan domestik dibatalkan di barat Jepun dan khidmat kereta api laju juga sama ada dibatalkan atau dikurangkan.

Feri-feri menghubungkan pulau selatan Shikoku dan bahagian-bahagian lain Jepun juga dibatalkan sedang ombak menghempas pinggiran pantai.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan