Images
  • rohingya camp
    Kanak-kanak Rohingya bersiar-siar di kawasan tanah runtuh di kem pelarian Balukhali. (Gambar: AFP)

Ribut kencang ranapkan 5,000 petempatan di kem pelarian Rohingya Bangladesh

BALUKHALI: Sekurang-kurangnya 10 maut dan ribuan rumah setinggan di kem pelarian yang penuh sesak, terletak di tenggara Bangladesh, musnah sejak April lalu akibat hujan monsun. Demikian kata pegawai pada Ahad (14 Julai).

Jabatan meteorologi Bangladesh menyatakan kawasan Cox's Bazar, yakni petempatan bagi hampir satu juta umat Islam Rohingya yang melarikan diri dari serangan tentera di Myanmar, mengalami sekurang-kurangnya 58.5 sentimeter hujan sejak 2 Julai.

Jurucakap Pertubuhan Penghijrahan Antarabangsa (IOM) berkata hujan lebat menyebabkan banjir lumpur lalu meranapkan lebih 4,880 rumah sementara yang diperbuat daripada kanvas dan buluh.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 200 kejadian tanah runtuh berlaku di kem berkenaan sejak April lalu, yang dibina berhampiran sempadan Myanmar, dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 terbunuh.

Dalam minggu ini sahaja, dua warga Rohingya mati manakala 6,000 yang lain kehilangan tempat berteduh angkara hujan lebat.

Pelarian berpindah berkata mereka menderita sebagai hujan mengganggu logistik dan aktiviti harian di kem.

Para pelarian berkata kehidupan mereka terjejas kerana hujan lebat mengganggu kegiatan harian dan logistik mereka di kem tersebut. 

- AFP/FZ/fz

Top