Images
  • greece storm
    (Gambar: AFP)

Ribut ganas membadai Greece, 6 pelancong maut

HALKIDIKI: Enam pelancong terkorban dalam satu bencana yang melanda Greece hari ini (11 Jul).

Ribut ganas yang membadai bahagian utara negara itu turut menyebabkan kecederaan kepada lebih 100 orang yang lain.

Berlaku selama 20 minit, ribut itu turut mencetuskan puting beliung dan hujan air batu.

Cuaca buruk berkenaan juga menyebabkan pokok-pokok tumbang dan bumbung-bumbung rumah serta bangunan melayang di bandar Halkidiki.

Keadaan darurat disytiharkan dengan kira-kira 140 anggota penyelamat dikerahkan.

Cuaca buruk seperti itu jarang berlaku di Greece yang lazimnya mengalami musim panas dan kering.

- Agensi berita/AA/RU/tq

Top