Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan pondok telefon ikonik di Britain akan 'diselamatkan'

Beribu-ribu pondok telefon berwarna merah yang ikonik di Britain akan dilindungi daripada dihapuskan begitu saja, lapor agensi berita Associated Press (AP).

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan pondok telefon ikonik di Britain akan 'diselamatkan'

Gambar: AP

Diterbitkan : 18 Nov 2021 09:30PM Dikemas Kini : 18 Nov 2021 09:34PM

LONDON: Beribu-ribu pondok telefon berwarna merah yang ikonik di Britain akan dilindungi daripada dihapuskan begitu saja, lapor agensi berita Associated Press (AP).

Memetik agensi yang menggubal dasar telekomunikasi di negara itu, keputusan tersebut akan dikuatkuasakan di bawah peraturan baru itu.

Pondok telefon awam mungkin dilihat sebagai sesuatu yang tidak lagi diperlukan dalam era pengguna yang memiliki telefon bijak, namun pihak berkuasa komunikasi, Ofcom menegaskan, kewujudan pondok telefon sedemikian masih boleh menjadi ‘talian hayat’ bagi seseorang pada masa-masa tertentu.

Pihak Ofcom turut mencadangkan satu peraturan baru untuk menghalang penutupan operasi 5,000 pondok telefon tersebut terutama di kawasan yang rendah jaringan telekomunikasi mudah alih.

Tambahnya lagi, pondok telefon yang berada dalam kawasan yang cenderung berlaku kemalangan atau kes bunuh diri dan juga telefon yang sudah lebih 52 kali digunakan dalam tempoh 12 bulan lalu, juga memenuhi kriteria untuk dipertahankan.

Menurut Ofcom, masih terdapat sekitar 21,000 pondok telefon seumpama itu di seluruh negara dan daripadanya hampir 150,000 panggilan telah dibuat untuk khidmat kecemasan dalam tempoh antara Mei 2019 hingga Mei 2020. Lebih kurang 45,000 panggilan lagi juga telah dibuat untuk menghubungi talian bantuan.

“Sebahagian pondok telefon yang kami mahu mempertahankan mungkin juga rendah bilangan penggunaan untuk membuat panggilan. Namun, bayangkan jika satu daripada panggilan itu adalah dalam kalangan anak yang sedang cemas, mangsa kemalangan atau seseorang cuba mencabut nyawanya sendiri… talian pondok telefon itu tetap boleh menjadi talian hayat pada waktu yang mendesak.

“Kami juga mahu memastikan golongan tanpa liputan jaringan telekomunikasi seperti di luar bandar, masih boleh membuat panggilan,” kata Pengarah Kesalinghubungan Ofcom, Selina Chadha.

BT Group, yang sebelum ini dikenali sebagai British Telecom, menyatakan hampir separuh daripada pondok telefon di Britain sudah dialihkan berikutan kepesatan indusri telefon bimbit.

Lebih 6,500 pondok telefon yang tidak digunakan kini diubah menjadi perpustakaan masyarakat, galeri seni atau unit simpanan di bawah perancangan kempen 'Adopt a Kiosk' yang membolehkan pertubuhan-pertubuhan tempatan untuk membeli pondok itu pada harga £1 dan menjadikannya sesuatu yang bermanfaat.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan