Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan polis dikerah tangani tunjuk perasaan di Greece

Keganasan berlaku di Greece selepas kumpulan-kumpulan belia bertempur dengan polis di ibu kota Athens.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan polis dikerah tangani tunjuk perasaan di Greece
Diterbitkan : 18 Nov 2017 08:14PM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 08:21PM

ATHENS: Keganasan berlaku di Greece selepas kumpulan-kumpulan belia bertempur dengan polis di ibu kota Athens.

Penunjuk perasaan melontar batu, obor api dan bom gas ke arah pegawai-pegawai polis, menyebabkan beberapa orang cedera.

Polis kemudian melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Pihak berkuasa mengerahkan ribuan anggota polis sebagai langkah berjaga-jaga menjelang satu perarakan bagi memperingati kematian beberapa pelajar semasa pemberontakan di Universiti Politeknik Athens pada 1973.

Para pelajar menduduki universiti tersebut bagi membantah kuasa kuku besi pihak tentera yang memerintah Greece pada masa itu.

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan