Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan penunjuk perasaan bantah pelan pembaharuan skim pencen Perancis

Para aktivis dan ribuan penunjuk perasaan melancarkan mogok di seluruh Perancis pada Selasa (5 Okt) bagi membantah dasar sosial Paris.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan penunjuk perasaan bantah pelan pembaharuan skim pencen Perancis

Ribuan orang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dianjurkan oleh kesatuan Perancis di Nantes, barat Perancis, pada 5 Okt 2021. (GambarL AFP)

Diterbitkan : 06 Oct 2021 12:58PM Dikemas Kini : 06 Oct 2021 01:03PM

PARIS: Para aktivis dan ribuan penunjuk perasaan melancarkan mogok di seluruh Perancis pada Selasa (5 Okt) bagi membantah dasar sosial Paris.

Mereka membantah pelan pembaharuan skim pencen selain menuntut penambahbaikan persekitaran perkerjaan dalam sektor awam dan swasta serta kenaikan gaji pesara, pekerja dan penjawat awam, lapor agensi berita Anadolu. 

Kira-kira 25,000 orang menyertai tunjuk perasaan di Paris.

Menurut Kementerian Pendidikan, lebih empat peratus guru turut menyertai mogok itu. 

Paris sebelum ini menangguhkan pelan pembaharuan skim pencen pada Mac 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19. 

Pada September lalu, Presiden Emanuel Macron dilaporkan sebagai berkata bahawa usaha pembaharuan akan dimulakan semula pada waktu yang sesuai.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan