Ribuan penunjuk perasaan bantah dasar imigresen baru Itali
Beberapa ribu penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya sekitar ibu kota Rome sebagai membantah dasar imigresen baru pemerintah.
ITALI: Beberapa ribu penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya sekitar ibu kota Rome sebagai membantah dasar imigresen baru pemerintah.
Para pendatang menuntut kesaksamaan hak di negara itu dan menuduh pemerintah mencetuskan pergeseran kaum.
Mereka memakai jaket kuning sebagai menunjukkan kesepakatan dengan para penunjuk perasaan di Perancis.
Dasar imigresen pemerintah yang dikenali sebagai "Salvini Decree" itu, bertujuan mengurangkan jumlah kaum pendatang yang layak menerima perlindungan kemanusiaan, sebagaimana yang dimeterai di bawah konvensyen Geneva.
Dasar imigresen tersebut juga mengakhiri kebenaran penginapan "perlindungan kemanusiaan" selama dua tahun - tahap perlindungan politik lebih rendah yang berdasarkan di negara Itali dan bukan undang-undang antarabangsa - yang dianugerahkan kepada 25 peratus pemohon perlindungan tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.