Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan penumpang Air India tergendala akibat 'gangguan' sofwe

Ribuan penumpang Air India terkandas di lapangan terbang merata dunia pada Sabtu (27 Apr), selepas "gangguan" perisian menyebabkan mereka tidak dapat mendaftar masuk, menurut para pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan penumpang Air India tergendala akibat 'gangguan' sofwe

Gambar fail pesawat Air India (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Apr 2019 10:28PM Dikemas Kini : 27 Apr 2019 10:34PM

NEW DELHI: Ribuan penumpang Air India terkandas di lapangan terbang merata dunia pada Sabtu (27 Apr), selepas "gangguan" perisian menyebabkan mereka tidak dapat mendaftar masuk, menurut para pegawai.

Lebih 80 penerbangan domestik dan antarabangsa tertangguh selama enam jam disebabkan masalah dengan perisian daftar masuk syarikat tersebut yang menyebabkan semua operasi terhenti, mengakibatkan kelengahan penerbangan seantero dunia.

"Perisian 'check-in' kami mengalami gangguan selepas peningkatan rutin perisian rutin. Isu itu dihuraikan selepas enam jam," kata jurucakap Air India Praveen Bhatnagar kepada AFP.

Encik Bhatnagar berkata kebanyakan penerbangan yang tertangguh menjejas penerbangan dalam negeri dan syarikat penerbangan itu sedang "melakukan sedaya upaya untuk memastikan operasi penerbangan dapat diteruskan".

Tiada pembatalan penerbangan berlaku dan syarikat penerbangan itu menjangkakan operasi akan kembali seperti sedia kala pada waktu petang, jurucakap itu menambah.

Syarikat penerbangan milik negara itu telah mengalami kerugian, dan kini mengendali lebih 450 penerbangan setiap hari, kebanyakannya bagi penerbangan dalam negeri.

Ratusan penumpang yang berang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di media sosial, sambil memuat naik gambar dan video penumpang yang menunggu di kaunter daftar masuk.

"Ribuan terkandas di lapangan terbang selama lebih 3 jam Tiada kemas kini diberi, tiada siapa yang boleh dihubungi. Khidmat yang teruk," seorang penumpang menulis di Twitter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Delhi.

Keadaan serupa berlaku pada Jun lalu yang menyebabkan penerbangan ke seluruh dunia tertangguh.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan