Images
  • protest (1)
    Tunjuk perasaan di Hong Kong. (Gambar: LostDutch/Twitter)

Ribuan penduduk HK bantah kegiatan para peniaga China

SHEUNG SHUI, HONG KONG: Tunjuk perasaan berlaku lagi di Hong Kong. Namun kali ini, sebagai membantah kegiatan para peniaga dari tanah besar China.

Ribuan orang penunjuk perasaan berarak ke Sheung Shui sebuah bandar di utara Hong Kong yang bersempadankan tanah besar China.

Mereka menuduh pihak berkuasa gagal mengambil tindakan terhadap pedagang-pedagang China yang membeli barangan pada harga bebas cukai dan kemudian menjualnya semula di tanah besar pada harga lebih tinggi.

Antara lain, mereka menuntut agar pihak berkuasa memansuhkan pemberian visa seminggu bagi pengunjung dari wilayah sempadan Shenzhen.

Penunjuk perasaan juga menuntut agar undang-undang dikuatkuasakan terhadap "para peniaga gelap" itu yang mengisi ruang-ruang tepi jalan Hong Kong untuk berniaga.

Daerah Sheung Shui dikatakan menjadi hab bagi pedagang-pedagang dari tanah besar China dan sering berlaku pergaduhan antara kumpulan politik tempatan dan para peniaga tersebut.

- AFP/MM/na

Top