Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan peminat Vietnam berpesta di jalan-jalan raya rai Hanoi julang Piala AFF Suzuki 2018

Ribuan peminat Vietnam menyambut kemenangan ke atas Malaysia dengan berpesta di jalan-jalan raya bandar Hanoi selepas memenangi Piala AFF Suzuki 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan peminat Vietnam berpesta di jalan-jalan raya rai Hanoi julang Piala AFF Suzuki 2018

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 16 Dec 2018 07:37PM Dikemas Kini : 16 Dec 2018 08:58PM

Hanoi, VIETNAM: Ribuan peminat Vietnam menyambut kemenangan ke atas Malaysia dengan berpesta di jalan-jalan raya bandar Hanoi selepas memenangi Piala AFF Suzuki 2018.

Mereka menyifatkan kemenangan ini sebagai sesuatu yang dinanti-nantikan setelah menunggu lama untuk menjulang Piala.

Ramai peminat yang ditemui wartawan Mediacorp mengatakan kemenangan itu mewujudkan rasa bersatu dan kebanggaan terhadap negara di kalangan jutaan warga Vietnam.

Ada juga yang berpendapat bahawa kemenangan malam semalam (15 Dis) bukan saja satu kemenangan tetapi juga membuktikan kepada dunia bahawa negara itu boleh mencatat pencapaian bersejarah apabila warganya bersatu padu.

Kemeriahan sambutan itu dilaporkan berlangsung sehingga pagi tadi (16 Dis) dan pasukan keselamatan dikerahkan untuk memastikan kesemuanya berjalan dengan selamat dan lancar.

Sumber : AFP/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan