Images
  • spain heavy snow
    (Gambar: Reuters)

Ribuan pemandu terperangkap di jalan raya susuli salji tebal di Sepanyol

MADRID: Salji yang turun lebat di Sepanyol membuat ribuan pemandu terperangkap dalam kereta mereka sedang jalan raya dikepung dan lapangan terbang pula ditutup.

Di pusat bandar Madrid, pokok-pokok juga runtuh, menghempap sebilangan kenderaan.

Para penduduk mula mematuhi nasihat untuk berada di rumah sehingga jalan raya dan dataran di Madrid kosong pada malam semalam (8 Jan).

Lebih 400 jalan raya terjejas dengan cuaca berkenaan dan warga Sepanyol digesa supaya tidak melakukan perjalanan tidak penting.

Pihak berkuasa Madrid menyatakan keutamaan sekarang adalah untuk menyelamatkan para pemandu yang terperangkap di lebuh raya.

Madrid dan lapan lagi wilayah diletakkan di bawah makluman cuaca paling teruk buat pertama kali sejak sistem itu bermula pada 2007.

- Agensi berita/RU/ha

Top