Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan berhimpun di HK bantah undang-undang baru ekstradisi

Puluhan ribu orang berarak di jalan-jalan raya Hong Kong pada Ahad (9 Jun) dalam usaha terakhir menuntut pembatalan cadangan perintah ekstradisi yang membolehkan penduduk dihantar ke tanah besar China untuk dibicarakan, tindakan yang dibimbangi sesetengah pihak menjejaskan kebebasan.  

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan berhimpun di HK bantah undang-undang baru ekstradisi

Puluhan ribu orang berarak di jalan-jalan raya Hong Kong menuntut pembatalan cadangan perintah ekstradisi pada Ahad (9 Jun). (Gambar: AFP/Dale De La Rey)

Diterbitkan : 09 Jun 2019 04:09PM Dikemas Kini : 09 Jun 2019 04:13PM

HONG KONG: Puluhan ribu orang berarak di jalan-jalan raya Hong Kong pada Ahad (9 Jun) dalam usaha terakhir menuntut pembatalan cadangan perintah ekstradisi yang membolehkan penduduk dihantar ke tanah besar China untuk dibicarakan, tindakan yang dibimbangi sesetengah pihak menjejaskan kebebasan.

Ketua polis Hong Kong menggesa orang ramai supaya bertenang ketika polis bersiap sedia menghadapi perarakan terbesar di wilayah pentadbiran khas China itu dalam masa 15 tahun.

Syarikat penyiar pemerintah RTHK melaporkan lebih 2,000 pegawai dikerah bagi mengawal bantahan yang dijangka menarik penyertaan 500,000 orang.

Pada tahun 2003, satu bantahan besar-besaran yang disertai jumlah yang sama mencabar rancangan pemerintah untuk melaksanakan undang-undang keselamatan yang lebih ketat. Perarakan itu berakhir dengan pemerintah Hong Kong memansuhkan undang-undang tersebut.

Penentang cadangan itu bimbang, terhakisnya hak dan perlindungan perundangan di hab kewangan bebas, kebebasan yang dijamin ketika penyerahan daripada pemerintahan kolonial British kepada China pada 1997.

Penunjuk perasaan yang tiba awal melaungkan tuntutan supaya Eksekutif Hong Kong Carrie Lam meletak jawatan, mengatakan beliau ‘mengkhianati’ Hong Kong.

Perarakan di sepanjang pulau ini dari Causeway Bay sehingga ke daerah beli belah dan perumahan Wanchai akan berakhir di bangunan parlimen Hong Kong di mana rang undang-undang itu mula dibahaskan pada Rabu.

Jika rang itu diluluskan, seseorang suspek boleh dihantar ke China, Macau dan Taiwan untuk dibicarakan.

Cadangan perubahan itu mencetuskan kebimbangan meluas luar biasa daripada golongan elit perniagaan antarabangsa sehinggalah kumpulan peguam dan hak asasi dan malah individu pro-pemerintah.  

Sumber : Reuters/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan