Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan berhimpun bagi tunjuk perasaan baru di Hong Kong

Ribuan orang berhimpun dalam keadaan cuaca panas terik di Hong Kong pada Ahad (21 Jul) dalam tunjuk perasaan terbaru berhubung rang undang-undang ekstradisi yang menyebabkan hab kewangan di bawah pemerintahan China itu dilanda krisis.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan berhimpun bagi tunjuk perasaan baru di Hong Kong

Ribuan penduduk di Hong Kong berhimpun dalam tunjuk perasaan pada 21 Jul (Gambar: AFP/Anthony Wallace)

Diterbitkan : 21 Jul 2019 08:01PM Dikemas Kini : 21 Jul 2019 08:05PM

HONG KONG: Ribuan orang berhimpun dalam keadaan cuaca panas terik di Hong Kong pada Ahad (21 Jul) dalam tunjuk perasaan terbaru berhubung rang undang-undang ekstradisi yang menyebabkan hab kewangan di bawah pemerintahan China itu dilanda krisis serta mencetuskan tentangan awam terhadap cengkaman politik yang semakin kuat daripada Beijing.

Sepanjang dua bulan lalu jutaan orang dilaporkan mengadakan tunjuk perasaan terhadap pemimpin bandar itu Carrie Lam sehingga mencetuskan huru-hara di bekas tanah jajahan Britain yang dikembalikan kepada China 22 tahun lalu itu.

Puluhan ribu orang dijangka mengadakan perarakan dari Victoria Park ke Wan Chai yang terletak pada jarak hanya satu stesen kereta api setelah polis menghadkan kawasan bantahan atas alasan keselamatan.

Rayuan para penganjur tunjuk perasaan untuk melanjutkan perarakan hingga ke kawasan tengah bandar ditolak. Kawasan itu terletak berhampiran tempat polis melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata untuk meleraikan bantahan paling ganas di bandar itu dalam tempoh berpuluh-puluh tahun.

Tunjuk perasaan itu menyusuli perhimpunan oleh puluhan ribu orang yang menyokong pasukan polis. Sebilangan pihak menuduh polis menggunakan kekerasan melampau terhadap para aktivis dan menyeru agar semua bentuk keganasan dihentikan.

Hujung minggu lalu, dua tunjuk perasaan secara aman bertukar menjadi pertembungan dengan para anggota polis menggunakan belantan ke atas para aktivis yang menyebabkan puluhan orang cedera dan lebih 40 diberkas.

Cik Lam sudah memohon maaf atas pergolakan yang tercetus akibat rang undang-undang ekstradisi itu dan mengisytiharkan rang tersebut sebagai sudah "terkubur". Para penentang rang tersebut yang membenarkan ekstradisi ke China dan dibimbangi boleh disalahgunakan untuk menindas suara-suara pembangkang berkata bahawa langkah menarik balik rang tersebut adalah satu-satunya jalan keluar.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan