Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan berarak di Tel Aviv bantah Netanyahu atas rasuah

Ribuan penduduk Israel mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan buat minggu kedua di Tel Aviv membantah gejala rasuah pemerintahnya dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang sedang disiasat atas tuduhan salah guna kuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan berarak di Tel Aviv bantah Netanyahu atas rasuah

Penduduk Israel tunjuk perasaan di Tel Aviv. (Gambar: AMIR COHEN/REUTERS)

Diterbitkan : 10 Dec 2017 09:51AM Dikemas Kini : 10 Dec 2017 02:48PM

TEL AVIV: Ribuan penduduk Israel mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan buat minggu kedua di Tel Aviv membantah gejala rasuah pemerintahnya dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang sedang disiasat atas tuduhan salah guna kuasa.

Polis menganggarkan sekitar 10,000 penunjuk perasaan menunjuk perasaan semalam (9 Dis). Sabtu lalu (2 Dis), tunjuk-tunjuk perasaan juga diadakan iaitu yang terbesar setakat ini dalam bantahan-bantahan antirasuah diadakan setiap minggu dengan sekitar 20,000 menyertainya.

Bantahan tersebut tercetus kerana tuduhan-tuduhan rasuah terhadap PM Netanyahu, yang menolak sebarang salah laku. Pemimpin yang sudah berkuasa selama empat penggal itu disyaki terlibat dalam dua kes.

Yang pertama melibatkan penerimaan hadiah daripada para peniaga yang kaya dan yang kedua melibatkan rundingan satu perjanjian dengan seorang pemilik perniagaan akhbar untuk mendapatkan liputan yang lebih. Sebagai ganti, kekangan harian dilakukan terhadap pesaingnya.

Sekiranya didapati bersalah, PM Netanyahu akan menerima tekanan yang berat untuk mengundurkan diri ataupun untuk mengadakan sebuah pilihan raya baru bagi menguji sama ada beliau masih ada mandat.

Parti sayap kanan yang dipimpin Encik Netanyahu iaitu parti Likud menyatakan dalam satu catatan Facebook bahawa bantahan diadakan oleh penunjuk perasaan sayap kiri.

Parti Likud turut menggesa penduduk Israel untuk menyokong perdana menteri mereka menentang kritikan antarabangsa menyusuli pengiktirafan Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan