Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Riau diisytihar darurat jerebu

Keadaan darurat diisytiharkan di wilayah Riau berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah melebihi 500. Gabenor Riau, Encik Syamsuar menetapkan status darurat itu bermula 23 September sehingga 31 Oktober ini, bergantung kepada keadaan semasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2019 12:19PM Dikemas Kini : 24 Sep 2019 09:47PM

JAKARTA: Keadaan darurat diisytiharkan di wilayah Riau berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah melebihi 500.

Gabenor Riau, Encik Syamsuar menetapkan status darurat itu bermula semalam (23 Sep) sehingga 31 Oktober ini, bergantung kepada keadaan semasa.

Encik Syamsuar ditukil media tempatan sebagai berkata pemerintah Riau kini menyediakan tempat pemindahan sementara yang sesuai terutamanya untuk anak-anak dan wanita hamil.

Sementara itu Pengarah Education Malaysia di Indonesia (EMI), Prof Madya Dr Mior Harris Mior Harun, berlepas ke Pekanbaru pagi ini, bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung keadaan pelajar Malaysia di provinsi itu.

Sejak 13 September lepas, mutu udara di wilayah Riau dan Jambi dikategorikan sangat tidak sihat.

Sumber : Bernama/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan