Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Reuters gesa agar 2 wartawannya dibebaskan

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menggesa pihak berkuasa Myanmar menyemak semula hukuman penjara 7 tahun ke atas dua wartawan agensi berita Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
Reuters gesa agar 2 wartawannya dibebaskan

Wartawan Wa Lone, 32 tahun, dan Kyaw Soe Oo, 28 tahun, dipenjarakan sejak mereka ditahan pada Disember lalu. (Gambar: AFP/Ye Aung Thu)

Diterbitkan : 04 Sep 2018 05:07PM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 05:12PM

YANGON: Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menggesa pihak berkuasa Myanmar menyemak semula hukuman penjara 7 tahun ke atas dua wartawan agensi berita Reuters.

Pesuruhjaya Tinggi PBB mengenai Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet pula berkata keputusan mahkamah dalam kes itu berlandaskan proses undang-undang yang melanggar amalan antarabangsa.

Mahkamah Myanmar semalam (3 Sep) memutuskan bahawa Wa Lone dan Kyaw Soe Oo bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Kes itu berkaitan siasatan mereka bagi laporan mengenai pembunuhan orang-orang Rohingya di wilayah Rakhine dan kemungkinan pasukan keselamatan Myanmar terbabit.

Dua wartawan itu mendakwa diperangkap kerana mereka ditangkap pada Disember lalu sejurus polis memberi mereka dokumen rahsia.

PBB serta beberapa negara sudah menggesa supaya dua wartawan itu segera dibebaskan tanpa syarat. Amerika menyatakan keputusan mahkamah itu merupakan satu lagi noda bagi pemerintah Myanmar.

Jerman dan Perancis pula menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai satu peristiwa pahit dan tamparan hebat kepada kebebasan media.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan