Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Restoran milik bekas cef pastri Hotel Raffles S'pura kongsi rezeki dengan warga miskin San Francisco

Apabila pihak berkuasa San Francisco, California mengeluarkan Perintah Kesihatan Awam pada 16 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak COVID-19, banyak kedai dan restoran-restoran terjejas dengan pelaksanaan perintah tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Restoran milik bekas cef pastri Hotel Raffles S'pura kongsi rezeki dengan warga miskin San Francisco

(Gambar-gambar: Cik Azalina Eusope)

BERITAmediacorp: Apabila pihak berkuasa San Francisco, California mengeluarkan Perintah Kesihatan Awam pada 16 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak COVID-19, banyak kedai dan restoran-restoran terjejas dengan pelaksanaan perintah tersebut.

Antaranya termasuk Restoran Azalina’s, sebuah restoran makanan ala “Mamak” milik Cik Azalina Eusope yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia.

Beliau yang pernah menjalani latihan dan kemudian bekerja sebagai cef pasti Hotel Raffles di Singapura mengendalikan dua restoran, sebuah café dan syarikat katering di San Francisco, California.

“Di Amerika Syarikat, 95% pekerja industri makanan adalah pekerja yang gaji mereka mengikut setiap jam mereka bekerja. Jadi jika mereka tidak datang bekerja, mereka tidak ada gaji," dedah Cik Azalina kepada BERITAmediacorp.

“Saya sedih apabila mendapat tahu para pekerja saya sendiri mungkin harus mendapatkan setem makanan (food stamps) sedangkan mereka bekerja dalam industri makanan,” kata Cik Azalina.

PERNAH HIDUP SUSAH

Keluarganya di Pulang Pinang pernah menjaja makanan dari rumah ke rumah dan Cik Azalina sendiri pernah hidup susah.

Dan selepas berpisah daripada suaminya seorang warga Amerika pada awal tahun 2000 , beliau sendiri terpaksa menjaja secara kecil-kecilan untuk menyara kedua-dua orang anaknya yang masil kecil ketika itu.

Oleh itu, beliau rasa terpanggil untuk membantu para penduduk susah yang terjejas dengan perintah kesihatan awam itu.

Hanya satu sahaja cafenya yang dibuka untuk tempoh selama lima jam bagi penghantaran ke rumah (takeout).

LEBIH BAIK DIDERMAKAN DARI DIBIAR TERBAZIR

“Perniagaan kami merosot sebanyak 80%. Perniagaan kami berskala besar dan kami membeli bahan-bahan secara borong dan mempunyai kebun sayur-sayuran kami sendiri. Jadi lebih baik jika kami dermakan kepada golongan yang memerlukan daripada terbuang, “ kata beliau.

Ini satu cara untuk memastikan pekerjanya sendiri tidak kelaparan and akan dapat terus menyara hidup sepanjang tempoh perintah itu dikuatkuasakan.

Mentelah lagi, banyak pusat perlindungan (shelters) termasuk untuk golongan gelandangan tidak mempunyai dapur sendiri. Jadi mereka sangat bergantung kepada ihsan orang ramai.

SINGSING LENGAN BANTU GELANDANGAN

Sejak Khamis lalu (19 Mac), Cik Azalina bersama dengan para pekerjanya bertungkus lumus menyiapkan makanan untuk didermakan. Dan makanan yang disajikan hampir serupa dengan apa yang biasa disajikan di restoran dan kafenya.

Sejauh ini, lebih 2,000 pek makanan telah diagihkan kepada 12 pusat perlindungan bagi golongan gelandangan serta penduduk miskin dalam kawasan sekitar.

“Kami akan meneruskan usaha ini selagi bekalan makanan kami ada,” ujar Cik Azalina. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan