Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Restoran China mohon maaf minta pelanggan ambil berat badan bagi kurangkan pembaziran makanan

Sebuah restoran di China memohon maaf atas pelaksanaan dasar kontroversil yang meminta pelanggannya menimbang berat badan mereka sebelum dibenarkan masuk, dalam respons keterlaluan terhadap kempen kebangsaan baru bagi mencegah pembaziran makanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Restoran China mohon maaf minta pelanggan ambil berat badan bagi kurangkan pembaziran makanan

(Gambar fail: Shutterstock)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 07:21PM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 07:23PM

BEIJING: Sebuah restoran di China memohon maaf atas pelaksanaan dasar kontroversil yang meminta pelanggannya menimbang berat badan mereka sebelum dibenarkan masuk, dalam respons keterlaluan terhadap kempen kebangsaan baru bagi mencegah pembaziran makanan.

Restoran menjual hidangan daging yang terletak di pusat bandar Changsha dikritik hebat di media sosial China sebaik sahaja ia memperkenalkan dasar itu pada Jumaat (14 Ogos).

Pelanggan diminta berdiri di atas alat penimbang dan mengimbas data mereka ke dalam satu aplikasi yang akan memberi saranan pilihan makanan berdasarkan berat badan mereka dan nilai kalori hidangan itu, menurut sebuah laporan oleh China News Service.

Presiden China Xi Jingping pada minggu ini menggesa rakyat negara itu supaya berhenti membazirkan makanan setelah pandemik COVID-19 dan keadaan banjir teruk pada bulan lalu menyebabkan harga makanan naik.

Dalam reaksinya terhadap gesaan itu, kumpulan katering daerah menggesa pelanggan supaya memesan kurang satu hidangan daripada jumlah pelanggan di setiap meja - satu percubaan untuk mengubah kebiasaan dalam budaya untuk memesan berlebihan makanan.

Tanda-tanda dipasang di sekitar restoran itu dengan pesanan supaya "berjimat cermat dan belanja berhemah, menggalakkan pinggan kosong" dan "operasi pinggan kosong" - merujuk kepada kempen yang dilancarkan di merata China - menurut gambar-gambar yang dimuat naik ke media sosial tempatan.

Namun dalam bantahan terhadap langkah itu, tanda pagar atau hashtag berkaitan insiden itu ditonton lebih daripada 300 juta kali di wadah sosial Weibo.

Restoran itu menyatakan ia "benar-benar mohon maaf" atas responsnya terhadap kempen anti pembaziran itu.

"Niat sebenar kami adalah untuk menggalak orang ramai supaya mengurangkan pembaziran dan memesan makanan dengan cara yang lebih sihat. Kami tidak memaksa pelanggan untuk mengukur berat badan mereka sendiri," menurut restoran itu dalam satu kenyataan mohon maaf yang dimuat naik secara online pada pagi Sabtu (15 Ogos).

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan