Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Renjer taman Safari cedera akibat bergelut dengan beruang

Seorang Senior Renjer Safari dari Bukit Gambang Safari Park cedera di muka dan kaki akibat bergelut dengan seekor beruang jantan kira-kira 12.00 tengah hari semalam (19 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Renjer taman Safari cedera akibat bergelut dengan beruang

Gambar hiasan beruang. (Gambar: LIONEL BONAVENTURE / AFP)

Diterbitkan : 20 May 2018 05:06PM Dikemas Kini : 20 May 2018 05:07PM

KUANTAN: Seorang Senior Renjer Safari dari Bukit Gambang Safari Park cedera di muka dan kaki akibat bergelut dengan seekor beruang jantan kira-kira 12.00 tengah hari semalam (19 Mei).

Menurut kenyataan akhbar Jabatan Komunikasi, Bukit Gambang Safari Park, Renjer Ishak Rashid, 51 tahun, yang berasal dari Kedah, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat. 

“Kami tidak mahu dia diganggu, kami percaya beliau masih dalam keadaan terkejut setelah melalui insiden ini. Kejadian ini juga tidak boleh dijangka kerana beruang ini merupakan haiwan liar,” menurut kenyataan tersebut.

Kejadian berlaku semasa Encik Ishak, yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan sejak lima tahun lalu, menjalankan rutin harian pembersihan sangkar beruang.

Penyelak pintu pagar terbuka akibat gegaran daripada beruang tersebut manakala kunci pendua pula yang merupakan prosedur keselamatan, tidak dipasang atas kekhilafan, jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak pengurusan akan mengkaji semula prosedur keselamatan supaya aspek keselamatan diambil berat oleh semua pihak bagi mengelak peristiwa itu daripada berulang.

Laporan juga dibuat kepada Polis Bantuan yang menjaga di kawasan itu dan kejadian itu juga sudah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan